Jumaat, 14 September 2012

Budak Sekolah Berasmara di Belakang Sekolah..Apa Dah Nak Jadi???

Tags


GEMPAK...gempak ke?Budak sekolah ditahan berasmara dengan kekasih di belakang sekolah?bangga ke kita?nak tanya para pemikir dan pejuang masa kini yang begitu bersemangat untuk mempertahankan agama dan bangsa...bangkit la untuk membanteras jenayah ini..

melayu semakin HANCUR..HANCURnya melayu kerana siapa?????
Ini berita penuh dari Sinar harian...Anda baca, Anda nilai....

KULIM - Polis menahan seorang pelajar perempuan 15 tahun dan masih memakai uniform sekolah ketika berasmara dengan kekasihnya berusia 21 tahun di belakang sebuah sekolah menengah di sini, kira-kira jam 4 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kulim Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, polis menerima aduan dari orang awam sebelum menahan pasangan terlibat.

Ketika pemeriksaan dijalankan, polis mendapati pelajar perempuan sudah membuka tudung dan berkelakuan sumbang bersama teman lelakinya.

“Lelaki tidak bekerja dan tinggal bersama abangnya di sebuah taman perumahan di sini. Polis menasihati pasangan itu untuk tidak mengulangi perlakuan yang dilakukan sebelum mengarahkan mereka beredar,” katanya.

Tidak berakhir di situ, mereka kemudiannya ke rumah lelaki berkenaan dengan harapan selamat dari gangguan pihak berkuasa

Bagaimanapun, perbuatan mereka disedari penduduk dan memaklumkan kepada Pejabat Agama Islam Daerah Kulim Kedah (PADK) untuk membuat serbuan.

Ketika serbuan, pasangan perempuan cuba menyembunyikan diri dalam almari baju gagal mengaburi mata pihak berkuasa.

Mereka kemudiannya dibawa ke Balai Polis Kulim untuk membuat laporan dan ditahan untuk dirakamkan keterangan.

Ghuzlan menasihatkan ibu bapa supaya bersikap lebih peka terhadap pergerakan anak-anak mereka dan jangan sesekali mengabaikan tanggungjawab.

Katanya, semakin ramai pelajar perempuan ditahan kerana berkelakuan sumbang.

“Minggu ini sahaja, empat pelajar sekolah terdiri dari dua pelajar lelaki dan dua pelajar perempuan berusia di antara 16 hingga 17 tahun ditahan polis bersama Skim Rondaan Sukarela (SRS) ketika membuat rondaan cegah jenayah.

"Mereka ditahan ketika berkelakuan sumbang di taman permainan di sini kira-kira jam 1 pagi.

"Dari soal siasat, pasangan itu mengaku ingin melakukan hubungan terlarang di taman permainan di mana mereka ditahan,” katanya.


Nota : Nak salhkan siapa?makayah? pihak sekolah? masyarakat?pemimpin?

Artikel Terkait

9 comments

Realiti yang di rahsia oleh kerajaan masa kini...Agak2 HUDUH masih x perlu dilaksanakan lagi ke?

entahlah.. tu lah bertepatan dengan cogankata Malaysia boleh.. semua boleh buat.. ngeriiii..

makin teruk adik2 zaman skg ni.. dulu masa kami apa yg ada di fikiran hanya la bagaimana untuk menjadi anak yg baik,insan yg tinggi harga diri dan bijak dlm pelajaran yg membuatkan ibu bapa bangga..

yg nk salahkan kerajaan tu knp plk...apelah...
sendiri fikir dah ler....

Nak salahkan sape pulak?kat budak 15tahun ke?cnfrm la budak 2 mentah lagi..nak salahkan makayah ke?kalau mak ayah didik anak dah baik tapi kerajaan duk siar n galak hiburan tanpa batas cam mana lak?cam TGNA kias dulu..ibarat seperti sawah padi yang dijaga dengan baik tapi sekitar sawah adalah hutan dan semak..mesti akan ada tikus dan anasir luar yang menyerang sawah kita..apa maksud pikir la seketika kerana manusia yang bijak pandai pasti akan berfikir dahulu..

takda kena mengena dengan kerajaan . jangan cakap anak orang je . jaga anak kau . jaga adik2 kau . kita kutuk anak orang . tak mustahil benda yang sama jadi kat ank kita satu hari nnt .


EmoticonEmoticon